Pusingan Akhir EURO 2012

, ,
Jadual perlawanan akhir bagi pertandingan bolasepak EURO 2012 telah pun disahkan dengan kejayaan 16 negara dari seluruh negara-negara eropah. Pusingan akhir Euro 2012 ini akan dilangsungkan di Poland dan juga Ukraine.


Selepas selesai undian dibuat, Kumpulan A dan Kumpulan B terdiri daripada negara:


Manakala Kumpulan C dan Kumpulan D terdiri daripada negara:


Secara teorinya, beberapa pasukan seperti England dan France dari Kumpulan D tidak akan menghadapi banyak masalah untuk masuk ke pusingan seterusnya, begitu juga dengan pasukan Spain dan Itali dari Kumpulan C.

Tetapi, Kumpulan A dan Kumpulan B mempunyai pasukan yang kekuatannya sukar diduga. Kumpulan A dirasakan mana-mana pasukan berpeluang untuk layak kerana tiada nama-nama besar. Berbanding Kumpulan B yang dipenuhi dengan pasukan-pasukan elit dunia seperti Netherlands, Portugal dan Germany.

Perlawanan pertama akan bermula pada 8 Jun 2012 dengan pasukan Poland akan bertemu Greece dan Rusia bertemu Republik Czech. Untuk jadual perlawan pertama semua pasukan boleh rujuk di bawah:

Jumaat 8 Jun 2012
#1: POL v GRE,
#2: RUS v CZE,
Sabtu 9 Jun 2012
#3:
 NED v DEN,
#4: GER v POR,
Ahad 10 Jun 2012
#5: ESP v ITA,
#6: IRL v CRO,
Isnin 11 Jun 2012
#7: FRA v ENG,
#8: UKR v SWE,

Ini adalah peluang bagi pasukan Germany membalas dendam kepada pasukan Spain yang menjuarai Euro edisi 2008 pada 4 tahun lalu.
Saya akan menyokong pasukan Italy, manakal isteri saya pula penyokong tegar pasukan Germany. Kita tunggu sahaja apa taktik pasukan masing-masing nanti.