Masih ingat Myfriends2u?

, ,
Ramai yang sudah tahu, myfriends2u.com ini adalah sebuah laman sosial yang ditubuhkan pada 2010 lepas dan ianya dikendalikan sepenuhnya oleh warga Malaysia kita sendiri. Bangga? Sudah tentu. Cuma janganlah dibuat perbandingan dengan mana-mana laman sosial yang ada di dunia ini. Jauh sungguh terasa kualitinya jika dibandingkan sesama mereka ini.

Muka hadapan untuk login
Walaupun masih diperingkat beta, saya dapati masih banyak perkara-perkara yang boleh diperbaiki oleh NetXpert Sdn. Bhd untuk kemudahan pengguna-pengguna lain.

Kerapkali saya membuat perbandingan laman sosial yang lain terutamanya Facebook. Facebook mempunyai 'interface'nya yang lebih mesra pengguna. Jadi tidak salah jika idea ini dicedok sedikit. 

Adakalanya juga saya terlalu keliru untuk menggunakannya, terutamanya jika kenalan yang kita ada masih sedikit. Tetapi sekurang-kurangnya masih ada keasliannya disini, kerana kelihatan beberapa link siaran radio tempatan yang terdapat di ruang kanan 'dashboard' myfriends2u ini contohnya era fm, Hitz fm, Sinar fm, Suria fm dan sebagainya. Ini memberikan sedikit suasana 'Malaysia' kepada laman sosial ini.

klik untuk lebih jelas
Apa kata kita memberikan sokongan kepada usaha sebegini. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan membantu? Semoga produk Malaysia ini boleh pergi jauh lagi.