Tips bangun pagi guna telefon bimbit

, ,
Salam 12 Januari.


Masih awal di tahun baru 2012 bermakna sesiapa yang ada membuat azam baru pada tahun ini seeloknya bolehlah diselitkan sekali azam untuk mudah dapat bangun pagi setiap hari. Terutamanya bagi mereka-mereka yang bekerja pagi dan juga budak-budak sekolah.



Macam-macam cara yang diamalkan ramai untuk bangun tidur pada waktu pagi. Penggunaan jam loceng/telefon bimbit atau penggera adalah cara yang paling berkesan sekali. Tapi bagaimana hendak menggunakan telefon bimbit ini sebaik-baiknya? Begini caranya.


Saya gunakan cara yang paling mudah dan rasanya boleh diguna oleh semua orang. 

1. Tetapkan waktu penggera pertama supaya ia berbunyi pada waktu yang paling awal kita hendak bangun. 
-Pastikan penggera berbunyi secara perlahan ataupun gunakan muzik yang lembut daripada telefon jika ada.

2. Tetapkan waktu penggera ke-2 supaya ia berbunyi pada waktu paling lambat untuk kita bangun tidur.
- Waktu ini adalah waktu yang kita MESTI bangun tidak kira apa jua yang berlaku.
- Gunakan bunyi penggera yang kuat ataupun gunakan muzik yang kita tak suka dengar.
Tujuan penggera pertama dan kedua: Pada waktu ini, kita sedang lena tidur dan kejutan secara lembut akan buat otak kita tidak terkejut dan memberi persiapan kepada badan kita untuk menerima bunyi penggera kedua.

Memang teori ini tidak disahkan dimana-mana pun, ini pun cuma tanggapan saya sahaja. Kalau ada yang tidak bersetuju pun saya tidak kisah. Sebabnya lain orang lain caranya.

Selamat bangun pagi.