Salam Ramadhan buat semua.

Bulan puasa ni bulan yang penuh dengan keberkatan. Terpulanglah kepada kita untuk mencarinya. Buatlah apa sahaja perkara itu kerana Allah SWT kerana pasti ianya mendatangkan pahala. Bangun tidur, mandi, pakai baju, pergi kerja dan tidur juga boleh mendatangkan pahala kalau niatnya adalah kerana Allah SWT.


Tapi ada kalanya kita terlupa dan lalai bahawa ada perkara yang kita buat itu sebenarnya salah akidahnya. Sebagai contoh, perkara ni berlaku tadi semasa aku sedang menunggu di dalam masjid untuk solat Isya' dan seterusnya solat terawih berjemaah.