Jangan Pakai Baju Setan Masa Sembahyang

, ,
Salam Ramadhan buat semua.

Bulan puasa ni bulan yang penuh dengan keberkatan. Terpulanglah kepada kita untuk mencarinya. Buatlah apa sahaja perkara itu kerana Allah SWT kerana pasti ianya mendatangkan pahala. Bangun tidur, mandi, pakai baju, pergi kerja dan tidur juga boleh mendatangkan pahala kalau niatnya adalah kerana Allah SWT.


Tapi ada kalanya kita terlupa dan lalai bahawa ada perkara yang kita buat itu sebenarnya salah akidahnya. Sebagai contoh, perkara ni berlaku tadi semasa aku sedang menunggu di dalam masjid untuk solat Isya' dan seterusnya solat terawih berjemaah.

Sedang aku asyik duduk tu, tiba-tiba aku terperasan kat seorang budak lelaki ni. Nak kata budak-budak pun tak mungkin la sebab saiz budak ni besar sikit. Mungkin dalam lingkungan awal 20-an agaknya. Apa yang mengganggu fikiran dan jiwa aku terhadap budak ni adalah pasal pakaian yang dia pakai untuk sembahyang tu. Dia memakai t-shirt warna hitam dengan lambang dan tulisan yang macam ni:
Wah! penyokong MU rupanya! Baju dia lebih kurang macam ni.

Tak perasan ke ada lambang setan merah kat tengah-tengah logo tu?. Kalaupun korang ni peminat MU yang paling ekstrem sekalipun janganlah buat-buat tak tahu pulak! Tak salah kalau nak pakai baju MU, tapi cariklah yang takde logo setan merah tu. Walaupun MU ni memang dikenali dengan Red Devil. :)

Oleh yang demikian, janganlah kita bawak pergi sembahyang pakai baju yang ada imej ataupun karikatur syaitan ni. Bukankah syaitan ni dah bersumpah untuk menyesatkan umat Nabi Adam sehingga hari kiamat?

Dah lupa?