Tips Untuk Lelaki - Mengira tarikh subur wanita

, ,
Sedikit maklumat untuk lelaki di luar sana berkaitan dengan hal-hal keperempuanan. Jika bercakap pasal haid ataupun 'datang bulan' kebanyakan lelaki mungkin ramai yang tidak tahu dan ada juga yang langsung tak nak ambil tahu. Oleh itu biar aku terangkan semudah mungkin maklumat ini agar mudah buat orang lelaki ni faham.
  • Haid ataupun 'period' adalah pendarahan bulanan seorang wanita. Tiap-tiap bulan, badan kaum perempuan ini bersiap sedia untuk kehamilan.  
  •  Jika kehamilan tidak berlaku, darah haid akan mula turun dari uterus. Darah haid ini adalah sebahagiannya darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim.
  •  Ia dialirkan keluar dari badan melalui faraj. Tempoh biasanya bermula di sekitar umur 12 tahun dan berterusan sehingga menopaus, pada kira-kira 51 umur.
Kaum perempuan yang sudah menjadi dewasa ni kitaran haid mereka ada lebih kurang 28 hari. Ada juga kitaran pendek iaitu hingga 24 hari dan ada yang juga terlajak sampai 30 hari. Itu adalah perkiraan asas untuk mengira waktu haid ini.
  • Contohnya kalau Aminah datang bulan pada 8 Januari dan tarikh haid seterusnya adalah pada 2 Februari, maka kitaran haid Aminah pada waktu itu adalah 25 hari.
Hari yang subur untuk kehamilan bertanda merah
  •  Waktu turunnya darah haid ini boleh berlarutan daripada 3 hingga ke 7 hari. Waktu inilah yang selalu dimaksudkan dengan 'bendera merah' tu.
  • Waktu yang paling subur untuk mendapat kehamilan adalah pada hari yang ke 11 hingga 15 selepas hari pertama mula-mula turunnya darah haid ini.
  • Selepas hari ke 15 ini jika berlakunya persetubuhan, berkemungkinan proses hamil tidak akan berlaku kerana waktu subur dah tamat. Waktu ini sesuai bagi yang nak merancang keluarga.
 Harap semua lelaki yang baca info ini dapat sedikit idea berkaitan haid wanita ini.