Kutipan Panggung Filem Melayu Terhebat

, ,
Salam,


Semakin hari semakin hebat suasana perfileman di Malaysia ni. Dan semakin ramai jugalah (termasuk aku) yang sanggup ke panggung untuk menonton filem-filem yang ditayangkan ini tak kira filem tempatan ataupun luar negara. Kalau dulu panggung wayang tidaklah sebanyak sekarang ini, maka memang logiklah kutipan untuk tayang filem kita agak suram aje. Tapi sekarang ni bersepah-sepah. Kat mana-mana saje dah ada pawagam tak kiralah milik TGV atau GSC atau apa-apa pun. 



Yang penting, kemudahan nak tengok filem-filem terbaru untuk kita semua dah senang dicari. Penggiat-penggiat filem pun senang nak cari makan, dengan syarat filem mereka tu perlulah menepati citarasa kita rakyat Malaysia. Kalau buat filem semata-mata kerana nak kejar wang tapi jalan cerita hancus tak guna jugak. Contoh paling senang cerita '2 Alam' yang panas sebelum ni. Gimik lebih tetapi hasilnya seperti sebuah cerekarama yang selalu aku tengok kat TV3.

Ini buktinya, rakyat kita semakin memberikan sambutan kepada filem tempatan. Berbanding dengan entri aku pasal Zombi Kampung Pisang yang lepas. Terbaek!

KLIK BAGI BESOR
  Hanya satu saje filem animasi dalam list ni. :) Moga banyak lagi yang menyusul. Screenshot di atas adalah dari laman web FINAS.

Betul, betul, betul!!