Salam sejahtera buat semua.

Sejak aku masuk ke dunia blogging ni, dah macam-macam jenis blog yang aku jumpa. Aku pernah jumpa blog yang sangat best dan ada yang sangat hampeh. 

Aku akui yang aku mempunyai blog kecil yang kehadirannya tiada memberi impak langsung pada dunia blogger. Kalau dibandingkan dengan beberapa nama besar blogger kat Malaysia ni memang jauh taraf aku dengan diorang. Dah macam filem Antara 2 Darjat dah ni.
Pada tahun 2002 laman web Friendster telah diwujudkan. Pada zaman itu sebelum kewujudan Facebook dan Myspace ianya merupakan salah satu fenomena sosial networking yang sangat gah di internet. Popularitinya menarik pengunjung sehingga berpuluh-puluh juta pengguna sepanjang tahun. Sayangnya perkembangannya cuma setakat itu, tiada 'X' faktor yang membolehkannya bertahan lama yang sepatutnya mereka kecapi sepertimana Facebook pada hari ini.

Penggemar Facebook mesti sudah biasa dengan butang 'LIKE" kan. Kebiasaannya pada majoriti laman web ada butang 'LIKE' ini. Tujuannya cuma satu iaitu untuk berkongsi maklumat tersebut dengan semua kawan-kawannya di Facebook. Tapi kini Facebook menyediakan pula butang 'SEND' pula. Fungsinya masih sama seperti butang 'LIKE' cuma melalui 'SEND' kita boleh memilih dengan siapa yang mahu kita berkongsi link tersebut.

Melalui 'SEND' penerima artikel adalah pilihan kita sendiri
Menarik atau tidak?