Jangan panik!
Kalau tiba-tiba 'folders' yang di simpan di dalam 'pendrive' secara tiba-tiba menjadi 'shortcuts', apa yang perlu kita buat? Jangan panik dan jangan gelabah. Jangan pula kita formatkan semula pendrive tersebut. Kerana memformat pendrive itu akan memadamkan keseluruhan dokumen di dalamnya.
Apa yang kita perlu buat adalah:
- Klik pada Start > Run.
- Taip, “cmd” and click Ok.
- Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.*, dan tekan Enter: 'f' adalah huruf untuk USB drive.
Selepas folder dan fail yang 'hidden' muncul semula, kita bolehlah membuang semua folder shortcut yang wujud dalam pendrive itu. Jangan lupa 'scan' semula pendrive bagi memastikan tiada lagi TROJAN dalam pendrive itu.
Sekian maklumat berguna untuk hari ini.