Pada tahun 2002 laman web Friendster telah diwujudkan. Pada zaman itu sebelum kewujudan Facebook dan Myspace ianya merupakan salah satu fenomena sosial networking yang sangat gah di internet. Popularitinya menarik pengunjung sehingga berpuluh-puluh juta pengguna sepanjang tahun. Sayangnya perkembangannya cuma setakat itu, tiada 'X' faktor yang membolehkannya bertahan lama yang sepatutnya mereka kecapi sepertimana Facebook pada hari ini.

Penggemar Facebook mesti sudah biasa dengan butang 'LIKE" kan. Kebiasaannya pada majoriti laman web ada butang 'LIKE' ini. Tujuannya cuma satu iaitu untuk berkongsi maklumat tersebut dengan semua kawan-kawannya di Facebook. Tapi kini Facebook menyediakan pula butang 'SEND' pula. Fungsinya masih sama seperti butang 'LIKE' cuma melalui 'SEND' kita boleh memilih dengan siapa yang mahu kita berkongsi link tersebut.

Melalui 'SEND' penerima artikel adalah pilihan kita sendiri
Menarik atau tidak?
Semenjak video mangsa buli iaitu Casey Heynes melawan semula pembulinya Ritchard Gale tersebar di internet, dia kini mula dikenali ramai. Malah ada yang menggelarnya sebagai 'HERO' dan ramai juga yang telah menyokong tindakannya yang betul-betul di luar jangkaan tersebut. Video tersebut sudah dikeluarkan daripada Youtube tetapi masih boleh dijumpai di laman web yang lain.
Casey Heynes, 16
Casey Heynes hanyalah  pelajar biasa yang berusia 16 tahun yang bersekolah di Sydney Australia, sama seperti mana-mana budak sekolah yang kerap dibuli, Casey juga tidak terlepas daripada dibuli kerana dia adalah seorang yang gemuk.